2 tokoh Pas Kubang Pasu sertai AMANAH

Muak dengan Pas, penyokong tegar parti tersebut, Basir Ismail yang juga merupakan bekas Bendahari Dewan Pemuda Pas Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH kawasan Kubang Pasu.

(GAMBAR ATAS: Basir menyerahkan borang menyertai AMANAH kepada Mohamad Sabu sambil disaksikan oleh Pengerusi AMANAH negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.)

Basir telah menyerahkan borang menyertai parti komponen Pakatan Harapan itu kepada Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Ahad, hari raya kedua kelmarin.

Pengerusi AMANAH negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, selain Basir seorang lagi penyokong tegar Pas, Ir Jamal Nasir mengikut jejak Basir menyertai AMANAH.

Jamal adalah calon Pas Parlimen Kubang Pasu semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Mereka berdua juga adalah penggerak utama Majlis Daerah Kubang Pasu ketika pemerintahan Pakatan Rakyat semasa Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak menerajui kerajaan negeri Kedah.

“Muak dengan gelagat kepimpinan Pas sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap parti tersebut dan menyertai AMANAH kini,” ujar beliau ketika dihubungi.

 

BACA JUGA Gempur kawasan MB, 200 ahli baru sertai AMANAH di Sik

DAN 20 ahli Pas Pendang keluar parti sertai AMANAH