200 sertai AMANAH di Seberang Jaya
Yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh AMANAH bersama Kerajaan Perpadua, seramai 200 yang kebanyakannya orang muda telah menyerahkan borang menyertai AMANAH kepada presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu di Seberang Jaya kelmarin.
Penyerahan borang ahli baru AMANAH kali ini turut melibatkan keahlian WARDA Permatang Pauh yang merupakan sayap baru pertama dilancarkan di Pulau Pinang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Faiz Fadzil yang menguruskan majlis itu.
WARDA, nama ringkas untuk Wanita Muda AMANAH adalah sayap wanita muda untuk parti itu.
Faiz berkata, kepimpinan yang sedang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan bahawa ia mampu membawa perubahan demi manfaat rakyat negara ini.
Program yang berlangsung tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Yusoff Noor serta pimpinan kawasan, AWAN dan pemuda.
BACA JUGA 60 sertai AMANAH di Alor Setar
Â