Pas akui ditawarkan untuk sertai Kerajaan Perpaduan tetapi menolaknya

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui, parti beliau telah ditawarkan untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan tetapi telah menolaknya.

Menurut Takiyuddin, pihaknya telah ditawarkan untuk mendapat beberapa kerusi menteri serta dijanjikan untuk dibayar balik segala perbelanjaan mereka menghandapi pilihan raya umum yang lalu.

“Kami telah menolaknya kerana mahu melaksanakan mandat rakyat. Kami ada 74 wakil dalam dewan yang mulia ini,” kata ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Yang Dipertuan Agong telah menjemput pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) ke Istana Negara selepas tiada parti mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

Namun, selepas keluar dari Istana Negara, Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dalam satu sidang media telah memaklumkan PN telah menolak titah nasihat Yang Dipertuan Agong agar satu Kerajaan Perpaduan dibentuk.

 

BACA JUGA Datuk Johari Abdul: Dari reformis ke Speaker Dewan Rakyat