Isteri PM lawat keluarga mangsa renjatan elektrik

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ikut serta rombongan melawat mangsa banjir di Kelantan semalam menziarahi keluarga tiga beradik perempuan yang maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bergegas ke Tumpat sebaik sahaja penerbangan mendarat di Kota Bharu.

Beliau ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Bendang Surau bagi menyantuni Mohd. Nadzir Mohamed, 67 dan Zainun Sulaiman, 62, yang merupakan ibu bapa ketiga-tiga mangsa.

Dalam pertemuan kir-kira 30 minit itu, Dr Wan Azizah menzahirkan rasa simpati dengan kejadian tragis yang menimpa tiga anak perempuan Mohd Nadzir.

“Mereka sangat kuat untuk menghadapi kehilangan tiga anak ini. Ketiga-tiga mangsa dikategorikan sebagai mangsa banjir dan akan diberikan pampasan bagi meringankan bebanan keluarga.

“Saya mengharapkan pihak berwajib dapat menitikberatkan aspek keselamatan dan persekitaran agar tidak berulang tragedi seperti ini,” katanya

Media sebelum ini melaporkan insiden tragis membabitkan tiga beradik iaitu Nurul Syazwani, 33 bersama dua adiknya, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, yang ditemyi maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di rumah jiran mereka yang digenangi banjir.

Baca juga:

ULASAN:Tidakkah jeritan, kata-kata ‘Unparliamentary’ menghina Dewan?