Menteri Agama sampaikan bantuan banjir di pusat tarbiyah Pas dikritik

Tindakan Menteri Agama memberikan bantuan banjir dalam Pusat Tarbiyah Pas yang dijadikan sebagai Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Kelantan semalam mendapat kritikan hebat.

Ini kerana, banyak lagi PPS yang sepatutnya menjadi pilihan menteri dari Kerajaan Pusat itu yang boleh dijadikan tempat beliau menyerahkan sumbangan.

“Kenapa pusat tarbiyah Pas yang jadi pilihan menteri kerajaan pusat untuk memberikan sumbangan.

“Padahal hari-hari pemimpin Pas di Kelantan menyerang pimpinan kerajaan Pusat,” kata Abdullah Jusoh, seorang pemimpin AMANAH tempatan.

Semalam Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melawat mangsa banjir di Kelantan dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa PPS.

Pusat Tarbiyah Pas Pohon Buluh, Pasir Mas adalah PPS pertama yang menjadi tempat beliau menyampaikan sumbangan.

Sumbangan yang beliau sampaikan itu disediakan oleh badan-badan di bawah kementerian beliau.

Antaranya Jakim, YaPEIM, tabyung Haji, JAWI, MAIWP, Yayasan Taqwa. Sumbangan yang diberikana adalah dalam bentuk wang tunai (RM300 setiap mangsa), kit solat, set bakul makanan, beras, keperluan asas dan sebagainya.

Ada juga penduduk tempatan yang mempertikaikan siapakah orang yang terpilih untuk menerima sumbangan dari menteri kerajaan pusat itu.

“Orang lagu mana hok layak @ terlibat. Mohon pencerahan,” kata Ramli Jusoh kerana menurutnya ramai antara penerima tidak terlibat dengan banjir.

 

 

Â