Mohamad Sabu layani NGO pejuang kebajikan, nelayan dan peniaga kecil

Mohamad mendengar luahan rasa dari NGO yang mewakili petani, nelayan, peniaga kecil dan sebagainya di pejabat beliau hari ini.

SELAKU menteri, Mohamad Sabu sangat sibuk tetapi beliau dengan senang hati melayan para pejuang kebajikan pelbagai golongan ini. Hari ini, Mohamad membawa mereka ke bilik mesyuarat beliau dan mendengar rayuan mereka walaupun sebahagiannya bukan dibawah portfolio beliau.

Beliau menerima memorandum dari wakil NGO petani, nelayan, pesawah, pengguna dan alam sekitar berkaitan dengan Forum Kedaulatan Makanan dan CPTPP Coalition.

Mohamad menerima memorandum dari NGO berkaitan dengan Forum Kedaulatan Makanan dan CPTPP Coalition.
Mohamad dikerumuni pemimpin NGO dan wakil media selepas pertemuan dengan NGO.
Mohamad menunjukkan memo yang dihantar para pemimpin NGO kepada beliau.
Â