Isu 4 MP Bersatu Sabah berpotensi ke mahkamah

Isu status kerusi mantan 4 orang Ahli Parlimen Bersatu Sabah kini sedang hangat dibincangkan.

Ramai juga para pengamal undang-undang yang telah menberikan pendapat masing-masing. Seperti biasa depa berbeza pandangan.

Pihak Parti Bersatu telah menghantar notis kepada pihak Speaker Dewan Rakyat bagi memutuskan sama ada kerusi ke empat-empat Ahli Parlimen itu kosong atau tidak.

Dari segi perundangan,Tuan Speaker mempunyai tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan pemakluman dari parti Bersatu untuk membuat keputusan.

Yang terbaru mantan Ahli Parlimen Padang Rengas (Umno) berpendapat kerusi ke empat-empat Ahli Parlimen itu tidak kosong.

Tan Sri Wan Junaidi juga berpendapat sedemikian meskipun pendapat awal dia berbeza dengan pendapatnya yang terbaru.

Para peguam PN pula berpendapat kerusi ke empat-empat Ahli Parlimen itu perlu dikosongkan kerana undang-undang anti lompat adalah terpakai kepada empat orang YB itu.

Mungkin ada yang bertanya apakah pula pendapat saya kerana, seperti Wan Junaidi dan Nazeri Aziz, saya juga salah seorang anggota jawatankuasa pilihan khas menggubal undang-undang anti lompat.

Jujurnya, agak sukar untuk saya memberi pendapat kerana saya tidak begitu pasti fakta sebenar setelah membaca laporan media.

Berdasarkan laporan media nampaknya semacam ada pertikaian fakta dan juga wujud isu perundangan yang tidak jelas.

Misalnya, ada laporan yang menyatakan ke empat-empat YB tersebut telah keluar dari Bersatu Sabah sebelum PRU-15 lagi bagi menyertai GRS.

Fakta ini antaranya yang disandari oleh Wan Junaidi bagi menukar pendapatnya yang awal.

Salah seorang ahli Parlimen Bersatu pula ada yang habaq yang dia tidak pernah keluar dari Parti Bersatu tetapi hanya menjadi ahli GRS kerana dia habaq Perlembagaan GRS membenarkan menerima individu sebagai ahli.

Laporan yang agak popular adalah Parti Bersatu Sabah telah dibubarkan dan kesemua pemimpin depa termasuk empat Ahli Parlimen itu telah menyertai GRS en bloc!

Saya tidak ada masalah sangat untuk bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa oleh kerana empat ahli Parlimen itu bertanding di atas kerusi GRS maka logiknya depa tidak dikira melompat maka kerusi depa tidak kosong kerana tindakan depa tidak dikira melompat parti.

Maaf, cuma ada sedikit masalah pada hujah itu. Ini kerana timbul persoalan: bolehkah depa bertanding atas tiket GRS jika Parti Bersatu tidak ada di dalam gabungan politik GRS itu?

Lagi satu adakah sah di sisi undang-undang status perlembagaan sebuah Gabungan Politik seperti GRS yang boleh menerima keahlian individu?

Jika ianya tidak sah, ia bermakna meskipun YB berempat itu bertanding atas kerusi GRS atas watikah GRS, hakikatnya depa masih dikira bertanding atas kapasiti ahli Bersatu kot.

Cuba kita ambil senario ini. Katakan YB Parti PKR atau DAP atau AMANAH bertanding atas tiket PH dan PH yang memberi watikah untuk YB itu bertanding atas tiket PH, adakah YB itu masih juga dikira YB PKR, DAP atau AMANAH atau dia hanya YB PH semata-mata?

Jika ikut logik Nazeri Aziz, YB itu mungkin hanya dikira YB PH sahaja.

Dan katakan dalam senario di atas, ditakdirkan PH memilih untuk bersama PN, adakah kerusi YB PKR atau DAP atau AMANAH itu dikira kosong atau tidak?

Anyway, saya rasa adalah lebih elok kita menunggu keputusan rasmi pihak Speaker dalam isu ini. It would be premature for anybody to jump the gun, at least in my view lah !

Saya sendiri merasakan tidak kira apa pun keputusan pihak Speaker nanti, berkemungkinan besar isu empat orang YB ini berpotensi untuk “landing” di mahkamah.

والله اعلم.

Â