Pemimpin, rakyat bermunajat sambut Tahun Baru 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para menteri kabinetnya serta orang ramai menyertai Majlis Munajat Sempena Tahun Baru di Masjid Putra malam tadi, program yang menggantikan sambutan di ambang tahun baru.
Sambutan Ambang Tahun Baharu dibatalkan tahun ini ekoran tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa dan banjir besar yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.
Berikut adalah sebahagian gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harapandaily, GHIFARI MOKHTAR malam tadi.