Harapan Daily

July 27, 2024 12:28 pm | Tentang | Iklan | Hubungi | Pekerjaan
Search
Close this search box.

Strategi import menjadi, kini telur mudah didapati di pasaran

Strategi melambakkan telur di pasaran dengan mengimport telur dari India disifatkan sebagai menjadi.

Kini, telur tempatan berlambak di pasaran dan boleh didapati di mana-mana kedai sahaja padahal ia seolah-olah tidak ada sebelum ini.

Lalu pujian diberikan kepada menteri yang menguruskan telur dan juga Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Telur import masuk, baru stok telur tempatan ada, bijak Mat Sabu punya taktik,” kata seorang netizen, Faizi Kdh mengulas berita mengenai telur ini.

Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dalam wawancara dengan Astro Awani kelmarin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu berkata, kenaikan makanan dan kekurangan pekerja sebagai punca kenaikan harga dan kekurangan bekalan telur dan ayam di psaran.

“Untuk harga makanan, kita bercadang untuk memberikan subsidi kepada penternak,” katanya.

Kerajaan juga, katanya,  telah mengadakan perbincangan bagi memastikan kemasukan pekerja luar dapat dipermudahkan bagi membantu pengusaha yang terjejas.

“Kabinet dalam minggu lepas telah pun membuat satu keputusan supaya dipermudahkan kemasukan pekerja supaya penternak yang mengadu hal kekurangan pekerja ini dapat kita tampung segera.

“Jika ada pekerja yang mencukupi, penternak boleh keluarkan 500,000 biji telur sehari namun jika sebaliknya, pengeluaran hanya mampu dibuat sekitar 300,000 biji sehari,” katanya lagi

Beliau berkata, kementeriannya berazam untuk menyelesaikan isu ini, namun ia tidak boleh diselesaikan dengan segera kerana kitaran ayam memerlukan masa untuk bertelur dan membesar sebelum dijual.

Bagi memastikan bekalan ada di pasaran, arahan telah diberikan agar telur dari luar diimport terlebih dahulu.

Bekalan telur mula tidak ada di pasaran sejak awal tahun ini namun tidak ada langkah drastik yang dibuat oleh kerajaan ketika itu untuk menyelesaikannya.

Dalam tinjauan sebelum ini, orang ramai memberi reaksi pelbagai apabila ditanya pandangan mereka mengenai telur import India yang dibawa masuk oleh kerajaan dua minggu lalu.

Ada yang memberi reaksi positif dan menyambut baik usaha kerajaan dalam menangani ketidakcukupan bekalan makanan protein itu.

Namun, dalam masa sama, tidak kurang juga ada yang bimbang dan seboleh-bolehnya akan mendahulukan telur tempatan berbanding import.

Seorang bekas guru, Aza, 60, berkata, peluang perlu diberikan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah bekalan makanan dalam negara, dan jika import telur adalah alternatif yang ada, rakyat perlu menyokong keputusan itu.

“Sekurang-kurangnya kerajaan buat sesuatu untuk cukupkan bekalan makanan untuk rakyat. You have to do what you have to. Kita patut bagi peluang pada kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

“Jika ini alternatif yang mereka berikan (untuk tampung bekalan makanan), kita terima. Tapi kena pastikan telur import itu melalui saringan yang ketat dan benar-benar berkualiti,” katanya dalam tinjauan Malaysia Dateline di sekitar Petaling Jaya semalam.

Pada 6 Disember lalu, kerajaan mengumumkan untuk mengimport telur untuk mencukupkan bekalan dalam negara.

Bagaimanapun, kebenaran mengimport telur hanya merupakan pendekatan sementara sehingga bekalan bahan makanan itu kembali stabil.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, mungkin kerajaan tidak membenarkan lagi kemasukan telur import.

Ketika telur ini mula memasuki negara ini, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memastikan telur ini sihat, tidak mempunyai sebarang bakteria yang membahaya dan selamat untuk di makan.

Telur dari India ini pula bukan sahaja di eksport ke Malaysia bahkan juga ke Qatar ketika piala dunia Fifa 2022 dan juga sudah lama mengeksport telur ke negara-negara teluk.