13 Setiausaha Politik angkat sumpah depan PM Anwar

13 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet selesai mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Angkat Sumpah Rahsia di Putrajaya hari ini.

Upacara angkat sumpah ini didahului oleh Azman Abidin yang merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Ekonomi), dan Datuk Mohammad Khairi A. Malik (Kementerian Pengajian Tinggi).

Juga mengangkat sumpah pagi tadi, Suhaizan Kaiat (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Carl Douglas Victor Moosom (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Selain itu, yang mengangkat sumpah adalah Atiqah Syairah Shaharuddin (Menteri Pendidikan), Ravindran a/l Vengadasamy (Kementerian Sumber Manusia), Dr Muhammad Razak Idris (Hal Ehwal Agama) dan Napsiah Khamis @ Maharan (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Minggu lalu, seramai 10 Setiausaha Politik turut mengangkat sumpah antaranya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Irwan Zulkarnain Hasbie, Mikai Mandau, Chiong Yoke Kong, Ambrose Abong Bugek, Johari Kassim, Ooi Tze Min, Mohammed Kamaluddin Effendie, Lee Seang Hock dan Abdullah Izhar Yusof.

Baca juga Konvensyen NUNJI 2023 esok jadi medan lawan ‘Gelombang Takfiri’

Â