Pertemuan dengan pelabur tingkat keyakinan ekonomi, Ringgit meningkat

Usaha untuk membawa pelabur ke dalam negara mula menambahkan keyakinan kepada ekonomi Malaysia menyebabkan nilai Ringgit juga mula terkesan.

Semalam, 5 Januari, Ringgit mencatatkan RM4.39 berbanding USD 1, kadar terbaik yang pernah dicatatkan sejak awal Julai 2022 lalu.

Nilai Ringgit Malaysia mencecah paras RM4.78 berbanding USD 1 pada 7 November lalu, nilai paling rendah yang dicatatkan oleh Ringgit Malaysia. Tanpa kawalan dan keyakinan baru, para penganalisis ekonomi meramalkan Ringgit dijangka mencecah kadar RM5 bagi USD 1 pada awal tahun ini.

Kadar pertukaran Ringgit dengan Dollar Amerika dalam tempoh setahun.

Para pemerhati ekonomi juga berpendapat, keyakinan kepada Ringgit ini berkaitan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan dan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan kini usaha beliau menarik pelaburan luar ke negara ini menambahkan keyakinan itu.

Semalam, Anwar bertemu dengan dua kumpulan pelabur asing iaitu dari Thailand dan juga Qatar.

Pada sebelah padi Anwar menerima delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd.

“Saudara Somphote adalah ‘Elon Musk of Thailand’ dan Energy Absolute adalah sebuah peneraju tenaga boleh baharu dan syarikat yang terkemuka di dalam industri teknologi hijau di Thailand,” kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Menurut beliau, Syarikat EA yang mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak THB 380 bilion bersamaan RM45 bilion ingin meneroka pasaran Malaysia.

Mereka mahu meneroka pasaran berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu (pilot project) yang akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Berhad (CFM) untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia, pemindahan teknologi EV ke Malaysia, membina kilang pembuatan dan bekalan EV.

Mereka akan terlibat khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain dengan nilai RM5 billion.

Pada sebelah tengahari pula, PM Anwar bertemu bertemu Syeikh Ghanim Bin Saad Al Saad di pejabat beliau.

Syeikh Ghanim (gambar atas) merupakan penasihat kepada mantan Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Al Thani.

“Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Group (GSSG) yang diketuai beliau kini sedang meneroka peluang untuk pelaburan di Malaysia,” kata Anwar.

 

BACA JUGA ‘Elon Musk of Thailand’ kunjungi PM Anwar

Â