Lima termasuk Tian Chua dipecat PKR kerana bertanding pilihanraya

Lima anggota PKR, termasuk mantan naib presiden PKR Tian Chua telah dipecat ekoran tindakan mereka bertanding melawan calon parti di dalam pilihanraya.

Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua telah bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi parlimen Batu melawan calon parti, P Prabakaran dalam pertandingan sepuluh penjuru. Beliau bukan saja kalah malah hilng deposit. Beliau MP dua penggal sejak 2008 hingga 2018.

Kebangkitan Prabakaran adalah selaras dengan keadaan beliau yang tidak dapat bertanding kerana hilang kelayakan. Oleh itu Prabakaran telah disokong dalam PRU14. Tian Chua turut mencabar Prabakaran untuk jawatan ketua cabang Batu pada tahun lalu namun gagal.

Laporan media memetik kata-kata Pengerusi Lembaga Disiplin Dr Tan Yee Kew sebagai berkata bahawa pemecatan tersebut dinuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat.

Selain Tian Chua, empat lagi yang turut dipecat adalah seperti berikut:

Puah Chee Haur dari PKR Parit Buntar yang bertanding di DUN Keranji menggunakan tiket Parti Warisan Sabah

Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari PKR cabang Gopeng yang bertanding di DUN Chenderiang menggunakan tiket Parti Warisan Sabah

M Mohganan dari PKR Taiping yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimenTaiping.

Nur Khairunisa Abdullah dari PKR Sadong Jaya bertanding di kerusi DUN Sadong Jaya semasa pilihanraya negeri Sarawak.