ANALISIS: Menteri dahulu sibuk berlakon, Hannah sibuk raikan atlet
Suasana sukan di negara kita tidak pernah sunyi kerana kesungguhan para atlet dan sokongan padu para peminat sukan negara ini.
Namun begitu, kita tidak boleh lupakan aspek pengurusan yang berintegriti dan cekap untuk memastikan sektor sukan negara untuk terus maju ke hadapan.
Jika pengurusannya teruk, pelbagai masalah akan menimpa atlet dan para peminat sukan yang begitu ramai di negara ini. Sebagai contoh, Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN) yang pernah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu, lebih banyak mencetuskan kontroversi berbanding membantu para atlet dan peminat sukan tanah air.
Sewaktu beliau menerajui kementerian ini, atlet terpaksa bergelut apabila berlaku pemotongan dana bagi persediaan atlet untuk sukan antarabangsa. Kesannya juga dirasai oleh 253 atlet yang ditarik elaun latihan mereka. Akhirnya, prestasi atlet jatuh merudum di Sukan SEA Hanoi pada tahun 2021.
Lebih lucu lagi apabila beliau lebih sibuk mempromosi diri melalui lakonannya dalam drama Ratu Ten Pin 2, di kala para atlet bergelut. Apakah dengan babak beliau dibaling telur dalam drama itu mampu meningkatkan mutu sukan negara?
Selain itu, beliau pernah mengguris hati para peminat bola sepak tanah air yang rajin turun ke stadium untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Katanya, sorakan penyokong buat pemain hilang fokus, apabila Malaysia tewas kepada Bahrain dalam satu perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.
Begitulah malangnya nasib atlet dan peminat sukan negara apabila pemimpin yang tidak cekap dan suka berdrama dilantik untuk mengurus belia dan sukan.
Pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta Adam Adli sebagai timbalannya telah memberi impak yang positif setakat ini. Tindakan-tindakan yang diambil oleh Hannah Yeoh serta pasukannnya memberi sinar baru kepada sektor belia dan sukan negara.
Beliau rajin turun padang untuk mendapatkan cadangan dan saranan dari persatuan sukan, atlet dan peminat sukan itu sendiri. Sebuah sesi townhall Bersama 140 atlet juga telah dilaksanakan bagi mendengar keluhan para atlet serta cadangan penambahbaikkan.
Kesudiannya mendengar keluhan ini terserlah lagi apabila turut mendengar cadangan dari pemain skateboard cilik ketika lawatan di Kiara Skate Park.
Banyak juga isu sebelum ini yang tak pernah diselesaikan, akhirrnya selesai di bawah pengurusannya. Jika dulu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tiada kanvas sendiri untuk tutup padang dari terkena hujan. Kini, SNBJ telah membelinya dan telah digunakan baru-baru ini.
Para peminat sukan juga menjadi keutamaanya, seperti beberapa tindakannya untuk memberi keselesaan kepada peminat bola sepak dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric. Beliau dan pasukannya telah melakukan sehabis baik untuk penyokong skuad Harimau Malaya melalui beberapa inisiatif.
Antaranya:
- siaran live big screen di 14 lokasi
- harga tiket terbang tetap Bangkok
- siaran RTM
- penurunan harga tiket RM30
Terima kasih diucapkan kepada Hannah Yeoh dan pasukannya. Ini membuktikan kemampuan menteri dari Pakatan Harapan yang jauh berbeza kualitinya dari Perikatan Nasional.