Rayuan peguam cabar pengampunan Anwar ditolak Mahkamah Persekutuan

Permohonan saman mencabar pengampunan diraja yang diberikan kepada pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Permohonan yang dibuat oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah ditolak sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan – Datuk P Nalini dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Khairul Azam memohon kebenaran merayu ekoran daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Anwar membatalkan saman pada 21 Sept 2021 terhadap dirinya dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Khairul Azam yang memfailkan saman pemula mendawa tindakan yang tidak berperlembagaan diambil untuk membolehkan Anwar mendapat pengampunan diraja dan pembebasannya.

Dia turut mendakwa bahawa Lembaga Pengampunan tidak dibentuk sesudah PRU-14.

Khairul berjaya dalam pendengaran kes ini di peringkat Mahkamah Tinggi.