Telur import RM0.50 di Mydin sahaja – Salahuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup Datuk Salahuddin Ayob menjelaskan bahawa telur import yang berharga RM0.50 hanya dijual di pasaraya Mydin.

“Selepas hampir tiga minggu telur tersebut di pasaran, kita dapati ia hanya dijual di Mydin setakat ini,” kata Salahuddin.

Beliau berkata begitu sebagai membalas persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong yang mempersoalkan pembelian telur import dari Namakkal, India.

Semalam Wee menyatakan tiada keperluan untuk mengimport bekalan telur dari luar sedangkan bekalan boleh diperoleh dari sekitar kawasan parlimen.

Wee turut mempersoalkan logik di sebalik harga siling telur tempatan di paras RM0.41 sen sedangkan telur import di paras RM0.50 dan dibawa dengan kemudahan peti sejuk melalui jalan laut.

Harapan Daily pernah melaporkan bahawa kemudahan peti sejuk disediakan dan telur diimport melalui jalan udara.

Sementara itu, Salahuddin menyatakan bahawa beliau belum mendengar cadangan Wee.

“Kita izinkan import telur pada harga RM0.50 untuk memastikan ada telur dalam pasaran. Itu tujuan kita,” tambahnya lagi.

 

BACA JUGA: Isu telur: Wee Ka Siong jaga siapa sebenarnya?