Hati sangat gembira, senang, terima kasih
Seramai 30 penerima dari golongan B40 hari ini menerima bantuan program Bakul Rahmah yang merupakan insiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup ditanggung golongan ini
Beberapa penerima bantuan program Bakul Rahmah yang ditemui menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban ketika berdepan dengan tempoh sukar.
Seorang bekas kontraktor, Ng Ah Tee, 68 berkata dia sangat gembira kerana tidak sangka terpilih untuk mendapat bantuan dari kerajaan.
Katanya, sebelum ini dia tidak pernah mendapat apa-apa bantuan berupa makanan asas dan ini adalah kali pertama.
“Saya sangat gembira. Terima kasih kerajaan kerana ini pertama kali saya dapat. Sebelum ini tak pernah terpilih.
“Saya harap bulan depan mereka (Econsave) dapat panggil saya lagi untuk terima bantuan,” katanya.
Harapan sama turut diutarakan seorang peniaga kecil-kecilan, Mat Ali Abu, 50 yang menderita kehilangan kaki dan terpaksa duduk di atas kerusi roda sejak 15 tahun lalu.
Dia berharap agar kerajaan meneruskan insiatif seperti ini memandangkan lebih ramai lagi yang memerlukan sepertinya.
“Saya sangat terharu dapat bantuan dari kerajaan. Sekarang ini ada dapat bantuan dari zakat RM400 dan saya ditanggung sepenuhnya oleh anak.
“Bantuan ini meringankan beban saya kerana saya tak dapat bekerja. Sudah 15 tahun guna kerusi roda, minta bantuan kaki palsu pun tak dapat,” katanya.
Sementara itu bagi seorang suri rumah, yang mahu dikenali sebagai Nithiya, 58 berkata, dia sangat gembira kerana kerajaan ini melayan rakyat sama rata.
“Semua rakyat dia (kerajaan) layan baik-baik. Menteri baik-baik dan jaga saya. Hati sangat gembira, senang. Terima kasih kerajaan,” katanya yang memaklumkan dia ada mendapat bantuan bulanan namun tidak cukup kerana menghidap sakit paru-paru.
Nithiya hadir di program pelancaran penurunan 1000 harga barangan hari ini selain untuk mendapatkan Bakul Rahmah, dia juga membuat aduan kepada pihak kementerian tentang anaknya yang sehingga kini masih tiada kad pengenalan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh yang hadir sempat meluangkan waktu mendengar aduan mereka berkenaan isu dokumen pengenalan diri.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan kempen Payung Rahmah (PH) bagi membantu meringankan kos sara hidup terutama di kalangan golongan B40. Bakul Rahmah adalah salah satu program di bawah inisiatif ini.
Selain itu, Jualan Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah. Jualan Rahmah adalah program jualan murah yang dilaksanakan oleh hypermarket dan pasaraya di seluruh negara. Kafe Rah
Â