Jabatan kerajaan guna lebih banyak teknologi digital pacu pembangunan

Perkembangan teknologi digital yang pesat di Malaysia mewajarkan setiap jabatan kerajaan lebih menggunakan teknologi berkenaan bagi memperbaiki penyampaian kepada rakyat

Tidak terkecuali Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam hal penyampaian maklumat.

Hal itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil dalam lawatan beliau serta timbalannya ke Jabatan Penerangan.

“Selain bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk selesai perkara asas, Jabatan Penerangan adalah salah satu organisasi yang sangat penting menjayakan usaha dan ikhtiar kerajaan.

“Dalam masa 10 tahun ke depan ini, ia mungkin akan jadi satu dekad keemasan untuk negara Malaysia di mana teknologi digital bukan hanya memberi akses semata-mata.

“Tetapi ekonomi itu juga boleh dipacu dengan laju (melalui digitalisasi) yang hasil limpah ruah kemakmurannya akan rakyat nikmati,” kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat itu.

Beliau sebelumnya hadir melakukan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Wilayah persekutuan dan Putrajaya di Jalan Raja Laut.

Turut hadir adalah timbalannya, Teo Nie Ching.

BACA JUGA Seorang lagi tokoh Umno nafi ada Langkah London

Â