3 bentuk pengurangan kompaun untuk sektor korporat

Suruhanjaya Syarikat Malaysia menawarkan tiga bentuk pengurangan kompaun kepada entiti perniagaan dengan tujuan meringankan beban kewangan sektor korporat.

Kesemua tiga inisiatif melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus.

Pengurangan kompaun pertama adalah untuk syarikat yang tidak lagi beroperasi. Ia turut dikenali sebagai “dissolved company”.

Pengurangan kompaun kedua adalah kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016. Contoh kesalahan adalah berkaitan dengan penyiaran nama dan penyata kewangan.

Pengurangan kompaun ketiga pula ialah kesalahan lain yang tersenarai dalam Akta Syarikat. Ia bertujuan untuk memastikan golongan korporat patuh kepada amalan tadbir urus yang terbaik.

Kesemua usaha adalah berkuatkuasa serta – merta.

Ia sebahagian daripada usaha yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sebelum ini, kementerian ini menumpukan perhatian kepada masyarakat terutamanya miskin tegar.