Lima enam kerusi diintai PSM dalam PRN

Parti Sosialis Malaysia besar kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya negeri yang akan berlangsung tahun ini memandangkan pilihan raya negeri akan dijalankan pada tahun ini di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Kami sedang berunding untuk bertanding di lima hingga enam kerusi dewan undangan negeri. Daripada sejumlah enam negeri yang berdepan dengan pilihan raya negeri kami besar kemungkinan akan bertanding di empat buah negeri.”

“Empat negeri berkenaan ialah Kelantan, Pulau Pinang Negeri Sembilan dan Selangor,” kata timbalan pengerusi PSM, S Arutchelvan kepada Harapan Daily ketika dihubungi.

Kerusi-kerusi yang ingin ditandingi belum diputuskan lagi setakat ini.

PSM pernah cuba memeterai pakatan pilihanraya untuk pilihan raya umum ke 15 dengan Pakatan Harapan tetapi tidak berjaya berbuat demikian.

Ia hanya bertanding di satu kerusi parlimen di Negeri Sembilan iaitu Rembau dan satu kerusi dewan undangan negeri di Perak, Air Puteh.

Percubaan parti ini di kedua-dua kerusi tersebut gagal.