Khairy, anda sudah terlambat
Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin nampaknya terlepas peluang untuk bertanding jawatan Presiden Umno selepas usul agar jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan diluluskan.
Usul kelapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini agar pertandingan untuk kedua-dua jawatan utama Umno itu tidak diadakan dilulus dengan undi suara.
Dengan keputusan ini, pertandingan untuk kedua-dua jawatan itu tidak akan diadakan dalam PAU 2023 yang akan diadakan Mei 2023 nanti.
Seorang penganalisis politik menyifatkan apa yang berlaku hari ini silap Khairy sendiri.
“Dulu minta bersuara takut. Sekarang dah kena main baru mau bersuara. Semuanya kaki PAU,” kata penganalisis itu.
Khairy Jamaluddin hari ini mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk ‘pengundi hantu’ hari ini bagi meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
Menyatakan hal itu melalui media sosial, Khairy berkata, dia difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah ditanggalkan bagi menempatkan ‘pengundi hantu’ terbabit.
Keadaan itu, dakwa Khairy, kerkemungkinan besar untuk meluluskan usul kelapan yang dijadual berlangsung pada jam tiga petang ini.
“Petang ini akan ada undian (untuk usul) dan saya difahamkan akan dilulus.
“Malah, ada beberapa tag di kerusi dalam dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan tanggal supaya perwakilan-perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak dan lulus usul supaya nombor satu dan dua ini tidak dipertandingkan.
“Saya merayu kepada perwakilan yang ada di dalam dewan kita jangan biarkan usul ini lulus terutamanya usul tiada pertandingan bagi jawatan nombor satu dan dua parti.
“Kita bagi perwakilan di bahagian kebebasan untuk memilih pucuk pimpinan parti yang akan datang,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman TikToknya, hari ini.
Â