PM Anwar jemput sembang di KL, kata Dr Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainal Abidin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput beliau ke Kuala Lumpur untuk bersembang.

Menulis melalui Facebook beliau, Dr Maza berkata, beliau sangat menghargai Anwar.

“Saya amat hargai YAB PM DS Anwar Ibrahim apabila melihat saya beliau meninggalkan pentas utama, datang bersalaman dan memeluk ketika majlis sedang berjalan.

“YAB Menteri Besar Perlis juga memaklumkan bahawa YAB PM bertanya saya semasa dalam kenderaan dari lapangan terbang ke Kangar.

“Sebelum pulang, beliau meminta saya ke KL bersembang. In sha Allah saya akan lakukan,” kata beliau melalui Facebooknya selepas menemui Anwar di Kangar siang tadi.

PM Anwar ke Kangar siang tadi bagi menghadap Raja Perlis dan seterusnya berucap kepada penjawat awam di negeri itu. Dalam ucapan kepada penjawab awam Perlis itu, Anwar berjanji akan membantu Perlis membangunkan ekonominya.

Dalam tulisan itu, Dr Maza juga berkata, mentaati sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dalam perkara yang tidak mungkar adalah kewajipan seorang muslim.

“Itu adalah arahan Nabi s.a.w. Dalam masa yang sama saya cuba mengingatkan diri dengan nasihat tokoh tabiin yang besar Abu Hazim Salamah bin Dinar kepada Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik:

Yang bermaksud:

Jikalau ulama tidak menginginkan apa yang ada (keduniaan) di sisi para pemerintah, nescaya para pemerintah akan menginginkan ilmu mereka. Namun apabila para ulama menginginkan apa yang ada (keduniaan) di sisi para pemerintah maka para pemerintah pun tidak menginginkan ilmu mereka dan hinalah ulama di mata mereka..”

 

BACA JUGA Pusat akan bantu Perlis berdiri sendiri, kata PM Anwar