Kerajaan Perpaduan bekerja, KKD keluar info mingguan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mula mengeluarkan info perkara penting yang dilakukan dalam seminggu oleh Kerajaan Perpaduan.

Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil hari ini berkongsi info tersebut di media sosial bagi menjawab tohmahan pembangkang kononnya Kerajaan Perpaduan kurang berfungsi membantu rkayat.

Dalam info grafik tersebut dinyatakan 10 Perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan sepanjang 9 – 15 Januari 2023.

Antara yang disenaraikan adalah pelancaran Inisiatif Payung Rahmah yang memberi diskaun sehingga 30% untuk rakyat membeli 1,000 jenis barang keperluan; Kerajaan menambah 12 lorong RFID di lebuh raya PLUS elak kesesakan; Kuota haji jemaah Malaysia berjaya ditingkatkan kepada 31,600 daripada 14,000 sebelum ini; Label ubat mesra OKU dengan tulisan braille; PM arah naik taraf insfrastruktur dan fasiliti untuk penjaja di Kuala Lumpur dan beberapa isu yang lain.

Fahmi berharap dengan laporan mingguan perkara yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan secara berkala itu akan dapat mengurangkan tohmahan pembangkang, dan sebagai perbandingan efisiensi di antara pentadbiran di bawah PM Anwar Ibrahim berbanding beberapa PM sebelumnya.

BACA JUGA Seimbang antara kempen digital dan akar umbi

Â