BNM kekalkan OPR pada 2.75%

Jangkaan umum mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) meleset apabila bank pusat tersebut mengekalkan OPR pada 2.75%.

Kali terakhir OPR dinaikkan kepada 25 mata asas kepada 2.75% adalah pada November tahun lalu.

BNM menaikkan OPR kepada 2% daripada 1.75% pada Mei tahun lalu, dilaporkan paling rendah pernah direkodkan, susulan pengurangan 25 masa asas pada Julai 2020.

Selepas itu BNM menaikkan lagi OPR sebanyak 25 mata asas tiga kali kepada 2.25% pada Julai, 2.5% pada Sept dan sekali lagi 2.75% pada Nov.