Malaysia Madani pastikan masyarakat hidup sejahtera – TPM

Malaysia Madani bukan hanya semata mata slogan tetapi mempunyai pengisian yang mendalam dalam kerangka pembangunan negara sejak era 1990an sehingga kini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam mengulas isu masyarakat Madani yang telah lama dilontarkan oleh Anwar selama 24 tahun perjuangannya membawa perubahan.

“Dalam hal ini anwar lontarkan pandangan mengenai masyarakat madani sejak lebih suku abad lalu

“….dan apabila Allah takdirkan beliau jadi nakhoda kepada kerajaan, tentunya kerajaan yang diketuai beliau, dan dokongan daripada pelbagai parti harus memberikan penghayatan terhadap pelaksanaan konsep ini.

“….pada akhirnya kita cuma mahu melihat masyarakat hidup penuh dengan kesejahteraan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Amanat Perdana Menteri ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, konsep Malaysia Madani adalah pendekatan baru yang sudah cukup lama ditunggu oleh rakyat Malaysia yang selama ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.

Dengan konsep ini katanya, kerajaan mampu membantu mempertingkat kehidupan rakyat Malaysia supaya selepas ini tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Beliau juga menyeru agar anggota pentadbiran kerajaan, penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia menghayati makna Malaysia Madani untuk merealisasikan konsep yang tidak meminggirkan rakyat B40.

“Ini merupakan satu pendekatan baru yang pada hemat saya sudah cukup lama ditunggu oleh masayarakat yang selama ini memperoleh bantuan dari kerajaan.

“Biarpun begitu perlu ada nilai kerohanian bagi menjadikan masyarakat itu dipertingkat taraf hidup dan merasa tidak dipinggir,” katanya lagi.

BACA JUGA Kerajaan Perpaduan perlu memikat hati pengundi muda