Salahuddin sedia perhalusi isu pemain industri kreatif
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedia meneliti isu berkaitan kepentingan pemain industri kreatif.
Menurutnya yang juga Ahli Parlimen , salah satu hala tuju yang telah ditetapkan untuk kementerian itu bagi tahun ini adalah untuk mendaya upayakan industri kreatif.
Beliau berkata demikian mengulas satu artikel bertajuk, “Apa Salahuddin Ayub boleh buat untuk muzik?” di portal Sumberkini.
“Saya membaca ulasan daripada Ad Samad hari ini dan saya setuju, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) wajar memperjuangkan pemain industri kreatif.
“Sebelum ini, para pegawai saya telah pun bertemu dengan beberapa kumpulan pemuzik, dan KPDN dengan kerjasama MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) bakal melancarkan inisiatif baru yang bakal kami umumkan dalam masa beberapa hari lagi.
“Buat saudara Ad Samad, besar hati kami sekiranya saudara boleh datang ke Pejabat Menteri KPDN untuk kita memperhalusi lagi perkara ini bersama-sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Baca juga Selepas import, akhirnya bekalan ayam, telur akan cukup
Â