Perjalanan terakhir Dr Rani Osman
Pemergian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam moderat di negara ini.
Beliau adalah Pesuruhjaya Pas terakhir yang berjaya menyatukan semua pihak dalam parti tersebut sebelum kumpulan ulama mengambil alih tampuk kepimpinan Pas.
Allahyarham yang menjadi wakil rakyat di DUN Meru selama 10 tahun bermula 2008 menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada usia 64 tahun.
Difahamkan, Allahyarham tersungkur ke lantai sejurus selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajud awal pagi tadi.
Berikut adalah antara rakaman gambar perjalanan terakhir bekas calon Pas pada PRU14 bagi Parlimen Kapar itu ketika jenazahnya disembahyangkan di Masjid As-Shariff, Meru hari ini.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Mohd Sharif, Meru Kelang.