Puad gesa SPR, SPRM bertindak atas ‘sedekah’ Pas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk mengambil tindakan keras terhadap ‘sedekah’ Pas terutamanya dalam siri pilihan raya negeri yang akan berlangsung tahun ini.

Oleh kerana SPRM sudah kata sedekah waktu pilihanraya adalah rasuah, maka diharap SPR dan SPRM bertindak keras terhadap aktiviti sedekah PAS semasa PRN nanti,” kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Puad Zarkashi.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang menyatakan bahawa definisi rasuah adalah berdasarkan undang-undang, bukannya pandangan individu tertentu ekoran dari pandangan presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyamakan pemberian wang ketika pilihan raya umum sebagai sedekah.

Hadi Awang yang menyamakan rasuah dengan sedekah

Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menjenayahkan penyogokan wang sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

Dalam pada itu, Puad yakin bahawa Pas akan meneruskan aktiviti sedekahnya untuk pilihan raya di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Oleh kerana belum ada tindakan terhadap sedekah PAS, sudah tentu PAS akan melipat-gandakan sedekah di PRN enam negeri akan datang.

“Apatah lagi PAS masih banyak duit untuk disedekahkan. Menurut pemimpin PAS, aktiviti mengedar tin milo sudah lama dibuat. Ia bantu PAS kumpul duit mungkin bilion ringgit untuk disedekahkan.”

BACA JUGA: SPRM: Sedekah kepada pengundi tetap rasuah