Rakyat Malaysia buat kempen sokong kedai yang turunkan harga

Rakyat Malaysia memang kreatif. Antaranya dalam membuat kempen agar orang ramai menyokong kedai yang menurunkan harga barangan mereka selepas nilai Ringgit semakin kukuh.

Najib Bakar misalnya membuat kempen agar orang ramai mengutamakan kedai yang menurunkan harga barangan mereka berbanding dengan kedai yang lain.

Najib Bakar membuat inisiatif mengajak orang ramai menyokong kedai yang menurunkan harga barangan atau perkhidmatan mereka.

“Baru setup group Kedai Apa Turun Harga Hari Ini. Jemput join,” kata Najib menerusi Facebook beliau yang membuat group bernama “Komuniti Kedai apa turun harga hari ini” atau ringkasnya Ketuhar.

Menurut Najib, matlamat utama group ini adalah untuk viralkan kedai-kedai yang mahu menurunkan harga makanan/barangan seiring dengan penurunan inflasi dan kekuatan ringgit.

“Pastikan setiap posting tuan puan mempunyai gambar, nama kedai, lokasi, harga sebelum dan selepas.

“Setiap posting juga akan diviralkan di media sosial lain, juga di bawah nama Kedai Apa Turun Harga Hari Ini. Kami ada di FB page, Twitter, Instagram, dan TikTok.

“Kita bantu peniaga yang mahu turunkan harga makanan/barangan mereka,” kata Najib yang mencipta kumpulan dalam media sosial itu.

Sehingga berita ini ditulis, sudah 949 ahli sudah menyertai kumpulan ini.

Semalam, Ringgit Malaysia mencatatkan nilai paling tinggi berbanding Dollar Amerika iaitu RM4.27 berbanding 1 USD.

Kadar Inflasi yang diumumkan oleh Rafizi semalam.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli pula berkata, kadar inflasi di negara ini mampu kembali ke paras normal sebelum ini iaitu sekitar lebih dua peratus berdasarkan petanda baik apabila ia reda pada bulan lalu.

Kadar inflasi pada Disember 2022 reda apabila turun kepada kepada 3.8 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya, malah ia juga lebih rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya, kata beliau.

 

BACA JUGA Ringgit paling kukuh semalam dalam tempoh 9 bulan

JUGA Terdapat tanda penurunan harga, rakyat jangan bayar lebih

 

Â