Wan Saiful campur aduk masalah pemilikan hartanah dengan perumahan

OLEH: AMIR H GHAZALI

Saya ingin menjawab kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang bimbang kononnya kemasukan kepakaran dari Singapura ke Malaysia membolehkan satu gerakan ‘grand design’ dilakukan di sebalik perkongsian kepakaran tersebut.

Secara peribadi, kenyataan beliau dibuat tidak berasas dan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menuduh kerajaan DAP akan menguasai pemilikan hartanah.

Ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan yang pernah dibangkitkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pemikir Pulau Pinang, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad yang melaporkan bahawa terdapat puluhan ribu tanah yang tidak didaftarkan pemilikannya berdasarkan Kanun Tanah Negara 1995.

Masalah lain timbul kerana tanah yang diduduki penduduk belum mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut ialah hak milik mereka dan mereka pula tidak pernah membayar sebarang cukai tanah kepada pihak kerajaan negeri.

Isu permasalahan mempunyai perkaitan pemilikan tanah.

Lagipun isu ini sudah lama berlaku sejak dari dahulu lagi. Maka tidak timbul kerajaan negeri cuba mendikriminasi penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Difahamkan juga terdapat 200 buah kampung tradisi di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya masih mengekalkan tradisi kekampungan walaupun berada di tengah-tengah bandar.

Sebagai contoh, Bagan Jermal yang berusia 80 tahun dan wujud sebelum zaman penjajahan Jepun sehingga sekarang masih wujud lagi. Jadi tidak timbul isu penduduk orang Melayu dipaksa atau dihalau keluar disebabkan adanya projek perumahan yang akan didirikan. Malahan kerajaan negeri Pulau Pinang tampil membantu menyelesaikan dengan merujuk kepada dasar penyediaan kawasan penempatan baharu.

Timbul tanda tanya, apa masalah Wan Saiful dan apakah pula kaitan isu kemasukan kepakaran Singapura dengan pemilikan hartanah di Pulau Pinang ?

Adakah Wan Saiful sedar bahawa isu pemilikan hartanah Bumiputera yang membelenggu rakyat di Pulau Pinang selama ini adalah berpunca daripada hasil warisan yang ditinggalkan oleh Parti Gerakan Pulau Pinang?

Ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-3 ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (1990-2008). Sekarang Wan Saiful Wan Jan sendiri mewakili parti Bersatu bersama parti Pas bersengkongkol dengan parti Gerakan.

Jadi mengapakah sekarang soal pemilikan hartanah di Pulau Pinang hendak dijadikan isu besar dan sengaja mahu menyalahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti DAP ?

Parti Pas sebelum ini sejak tahun 2008-2017 pernah sekali duduk bersama di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tak adapun timbul isu pemilikan hartanah di Pulau Pinang.

Maka dalam isu yang dipertikaikan oleh Wan Saiful kerana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mahu membawa masuk kepakaran dari Singapura, yang dikatakan akan mengancam keharmonian penduduk terutamanya di Pulau Pinang berniat jahat, mahu memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apa salahnya Model Perumahan Singapura atau Lembaga Kemajuan dan Perumahan (HDB) diperkenalkan di Malaysia jika tujuannya demi meningkatkan kualiti hidup rakyat?

Malaysia hendak belajar daripada sistem HDB tersebut yang difahamkan mempunyai banyak kelebihannya. Salah satu kelebihannya ialah berjaya menyediakan rumah mampu milik di kawasan yang padat penduduk.

Mereka juga inovatif di dalam penggunaan teknologi dan analisis data untuk penambahbaikan operasi perkhidmatan. Sebab itulah Malaysia mahu meniru dan mengetahuinya.

Harap Wan Saiful mencelikkan mata sikit. Jangan asyik nak berpolitik atau membangkang sahaja kerjanya.

Janganlah mengeluarkan kenyataan sekadar mahu meraih populariti sedangkan di kawasan yang Wan Saiful menang PRU baru-baru ini, sehingga kini, batang hidung pun belum nampak.

Apatah lagi menghargai pemduduk yang mengundi di Parlimen Tasek Gelugor.

Aduhai Wan Saiful, bukannya negara Malaysia sahaja yang hendak belajar, Emiriyah Arab Bersatu, Korea Selatan malah negara jiran Indonesia juga turut sama mahu bangunkan ibukota mereka, Nusantara.

Konsep HDB di Singapura menyediakan sebanyak mungkin perumahan awam yang dijual oleh kerajaan kepada rakyat, jadi harganya tidaklah semahal perumahan yang dijual oleh pemaju swasta.

Kesimpulannya, model HDB ini diharapkan mengatasi krisis perumahan di Malaysia yang dikaitkan persepsi persekitaran yang kotor, tidak terurus dan kemudahan awam dirosakkan dapat diatasi sekali gus akan menjadi suatu amalan budaya hidup yang positif.


Penulis ialah Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang