10 Setiausaha Politik menteri Kabinet angkat sumpah jawatan
Seramai 10 orang Setiausaha Politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.
Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
Upacara angkat sumpah ini didahului oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Turut mengangkat sumpah ialah Setiausaha Politik Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Brahim serta Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Yuhaizad Abdullah.
Datuk Ton Zalani Mat Darus pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail sebagai Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Luar Negeri) dan Dr. Stephen Anak William (Perpaduan).
Selain itu, ADUN Nilai yang juga bekas Exco Sumber Manusia Negeri Sembilan, Arul Kumar Jambunathan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan dan Yap Yee Vonne (Belia dan Sukan).
“Semoga mereka dapat laksanakan amanah yang diberikan ini dengan ikhlas dan penuh berintegriti,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook.
BACA JUGA: 13 Setiausaha Politik angkat sumpah depan PM Anwar