Baik lantik yang tak buat kerja, tiada kritikan

Menjadi budaya politik di Malaysia, orang lebih suka pemimpin yang melantik orang lain untuk membantu beliau menjalankan tugasnya walaupun terpaksa bayar gaji tinggi dan tidak membuat kerja yang diamanahkan.

Ini kerana, orang tidak senang dengan mana-mana pemimpin yang melantik anak beranak dia untuk membantunya walaupun tidak dibayar gaji.

Inilah isu yang sedang hangat dibincangkan menerusi sosial media apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anak beliau yang juga bekas MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan tanpa dibayar gaji (pro bono).

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ayam Bismi, sebuah syarikat bumiputra yang berjaya di Kedah, Mazlina Kamarudin, melantik orang lain lebih disenangi dari melantik anak beranak sendiri.

“Betul tu. Baik kita lantik orang yang dibayar gaji tapi tak buat kerja. Asalkan dia bukan saudara mara kita.

“Daripada kita lantik anak kita untuk bantu kita. Tak bayar gaji. Tapi dia buat kerja. Apa sangat dengan duit tu,” tulis beliau menyindir sikap pihak yang mengkritik PM Anwar.

Pandangan beliau disokong oleh Mohd Firdaus Johari yang berkata, “kita lantik orang tak buat kerja paling selamat.”

Ia dibalas kembali oleh Mazlina dengan penuh sindiran tajam, “Ya, asalkan semua orang suka. Apa sangat bab bab kerja ni. Kita nak happy happy jer, Malaysia dah maju.”

Pandangan Mazlina itu disambut oleh bekas Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan Bekalan Air Malaysia, Rohana Kamarudin.

“Deep.. Mantik tahap mantul tinggi… Kikiki.. Gelak akak baca,” tulis beliau yang turut simpati dengan serangan yang dihalakan oleh netizen kepada PM Anwar dan Nurul Izzah.

 

BACA JUGA Anak MB, TMB Kelantan dilantik pegawai kanan PKINK

Izzah tiada kuasa, hanya beri maklum balas kepada PM sahaja