Singapura namakan orkid sempena dengan Anwar, Azizah

Satu spesies bunga orkid telah dinamakan sempena nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Spesies orkid hibrid itu dinamakan ‘Dendrobium Anwar Azizah’.

Anwar menyatakan perkara ini dalam catatan Facebook sempena dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Republik Singapura.

Beliau telah menerima sambutan rasmi dari Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Ceremonial Plaza, The Istana’

Beliau turut membuat kunjungan hormat kepada Presiden Singapura, Halimah Yaacob di sana.