60 sertai AMANAH di Alor Setar
AMANAH kawasan Alor Setar, Kedah telah menerima 30 lagi penyertaan pemuda bagi kawasan tersebut dan 30 lagi penyertaan pemuda bagi kawasan Jerai.
Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, penyertaan ahli baru seramai 60 orang tersebut membuktikan AMANAH menjadi pilihan terbaik untuk mereka meneruskan kesinambungan perjuangan sedia ada.
Borang penyertaan ahli baru pemuda bagi kawasan Alor Setar diserahkan oleh Ketua Pemuda kawasan, Humaidi Harun dan bagi kawasan Jerai telah diserahkan oleh Ketua Pemudanya, Mohd Ramli Ismail kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada majlis makan malam perpaduan di sebuah restoran Sala baru-baru ini.