Peja, tak payahlah buat muka sedih tu, buruk sangat

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu hari ini membuat muka sedih apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti Bersatu.

Pembekuan ini dibuat oleh SPRM ekoran tangkapan yang dibuat oleh badan pencegah rasuah itu terhadap orang kanan Presiden Bersatu sendiri sebelum ini. Beliau mungkin sudah memecahkan segala-galanya.

Dari siasatan SPRM sendiri, mereka mendapat maklumat dari para kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan ketika Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menjadi Perdana Menteri, tiga hingga lima peratus dari nilai kontrak itu dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.

Betulkah ini akaun Bersatu… kalau betul, apa Peja nak rungsing. Sudah tentu tidak semua wang masuk ke akaun ini, tentu ada juga akaun lain. Ini baru akaun 2021, belum lagi akaun 2022 yang mana PRU15 berlangsung November lepas.

Atas alasan inilah SPRM telah membekukan akaun Bersatu untuk membolehkan siasatan dibuat. Perdana Menteri Anwar juga sudah berkata, pihak penguatkuasa undang-undang diberikan kebebasan untuk bertindak tanpa campur tangan pihaknya.

Bagi saya isu ini mudah sahaja diselesaikan dan tidak perlulah Faizal atau lebih mesra dipanggil Peja itu membuat muka sedih kononnya susahlah untuk Bersatu menghadapi pilihan raya di enam negeri nanti apabila wang dari akaun mereka tidak boleh dibelanjakan.

Kalau bos Peja boleh membeli Presiden Pas untuk mengekalkan Pas dalam Perikatan Nasional, takkan wang tidak ada untuk berbelanja dalam PRN nanti.

Tambah-tambah lagi bila bos Peja boleh juga membeli Datuk Dominic Lau, Presiden Gerakan untuk mempastikan Gerakan kekal bersama-samanya dalam PN. Bahkan Hamzah yang mahal harganya juga berjaya dikekalkan oleh bos Peja.

“Tak payahlah buat muka sedih, kononnya Bersatu parti kecil. Kalau Presiden Pas boleh dibeli, takkan duit takda untuk belanja PRN nanti.

“Semua tahu, bukan murah harga yang perlu dibayar untuk menarik dan mengekalkan Gerakan pimpinan Dominic dalam PN,” kata seorang rakan saya.

Peja juga jangan risau sangat, bukan akaun Bersatu saja, dengar khabarnya akaun Pas pun akan menyertai akaun Bersatu selepas ini.

Jadi, Peja, tak payahlah buat muka sedih tu. Bukan akaun Bersatu saja yang kena, akaun orang lain pun kena juga. Lagipun buruk sangat muka tu kalau buat sedih.

 

BACA JUGA Beku akaun Bersatu: Tohmah kerajaan campur tangan tidak bertanggungjawab – PM