Bersatu jangan risau jika sumber dananya sah
Parti Bersatu tidak perlu risau jika punca kewangan parti itu dari sumber yang sah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam baki.
“SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Menjadi kewajipan kami untuk menyiasat. Antara tumpuan kami ialah untuk menentukan sama ada sumber dana tersebut diperolehi secara sah atau tidak,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Menurutnya, jika hasil siasatan mendapati wujud salah laku, kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Beliau menegaskan siasatan terhadap Bersatu dijalankan secara telus dan profesional.
Sebelum ini, Azam mengesahkan, akaun Bersatu telah dibekukan oleh SPRM bagi membantu siasatan.
Ekoran itu, SPRM didakwa menjadi alat kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memusnahkan reputasi Bersatu.
Bahkan, ada pemimpin Bersatu yang mengugut Azam dengan mengungkit siasatan terhadap beliau sebelum ini.
Azam dengan tegas menolak dakwaan itu.
“Kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat. Jika wujud salah guna kuasa sudah tentu ada pihak yang mahu melaporkannya.
“Bagaimanapun, tiada dakwaan sedemikian terhadap kerajaan,” katanya.
BACA JUGA Peja, tak payahlah buat muka sedih tu, buruk sangat
JUGA Beku akaun Bersatu: Tohmah kerajaan campur tangan tidak bertanggungjawab – PM