Sebab ‘rapuh’ lah datang minta RM100 juta dari PM, MB Perlis disindir

Menteri Besar Perlis ditempelak apabila mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rapuh sehingga memerlukan kabinet bayangan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil menerusi reaksi spontannya berkata, “Sebab kerajaan ‘rapuh’lah MB Perlis antara yang pertama datang jumpa PMX.

“Mohon RM100 juta dari Kerajaan Perpaduan yang ‘rapuh’ untuk bayar gaji penjawat awam,” kata Fahmi penuh sindiran.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi Digital (KKD) itu mengulas kenyataan MB Perlis dari Pas, Mohd Syukri Ramli kononnya Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kabinet bayangan kerana Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini rapuh.

MB Perlis antara yang awal datang ke Putrajaya bagi menemui PM Anwar iaitu pada 12 Disember 2023.

Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, di sini bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Perlis.

“(Ini pertemuan) biasa sahaja, (bincang) masalah kerajaan negeri Perlis,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada Bernama selepas pertemuan lebih satu jam itu.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai projek pembangunan di negeri Perlis.

“Pertemuan baikā€¦ Alhamdulillah, banyak sokongan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Selepas pertemuan itu, Anwar ke Perlis dan berjanji akan membantu negeri itu membangunkan ekonominya bagi membolehkan negeri kecil di utara Semenanjung itu berdikari.

Namun komen yang dibuat oleh MB Perlis hari ini menunjukkan sikap dan warnanya yang sebenar.

 

BACA JUGA Pusat akan bantu Perlis berdiri sendiri, kata PM Anwar