IJN, hanya pemeriksaan kesihatan biasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya kini sihat dan mampu untuk kembali bertugas seperti biasa selepas menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sihat. Ia hanya pemeriksaan biasa. Saya yakin boleh bekerja sebab itulah saya minta keluar (IJN).

“Terima kasih kepada yang ambil berat tentang saya, itu sekadar pemeriksaan kesihatan biasa, saya sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ditanya pemberita mengenai perkembangan terbaharu kesihatan Ahli Parlimen Tambun itu.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan, hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR, dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, semalam.

BACA JUGA Bekas Setiausaha Politik Saifuddin fitnah Anwar beli helikopter baharu