PH Terengganu rai masyarakat Cina

Kira-kira 500 orang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Pakatan Harapan (PH) Terengganu semalam.

Pengerusi PH negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, program sempena tahun arnab itu bersama masyarakat Cina di Kuala Terengganu.

“Semoga tahun ini akan lebih memupuk perpaduan di kalangan rakyat selaras dengan seruan kerajaan menyemarakkan Malaysia Madani,” katanya.

Antara pimpinan PH yang hadir ialah Pengerusi DAP Terengganu, Chai Heng yang juga AJK MPN negeri serta Ketua Wanita PH Terengganu, Datin Faizah Ariffin.