Tuan guru, minta derma untuk melancong ke Maldives ke?
Tindakan seorang pemimpin Pas, Mokhtar Senik membuat perancangan untuk bercuti ke Maldives, sebuah pusat percutian antarabangsa tular di laman sosial.
Ini kerana, ketika beliau membuat perancangan untuk melancong ke Maldives itu, beliau juga membuat permohonan saban hari dari orang awam agar menyumbangkan derma untuk sekolah agama yang beliau bina.
“Sodaqoh Subuh. Membuka seribu pintu2 kebaikan dan menutup seribu pintu2 kejahatan. Mungkin kita tidak sangka amal kebajikan yg kecil itu mampu membuka pintu syurga sebagaimana kita tidak sangka kebakhilan itu mampu membuka pintu neraka,” tulis Mokhtar di laman Facebook beliau.
Beliau bukan sahaja memohon orang ramai membuat infaq untuk membeli makanan untuk para pelajar beliau bahkan juga untuk membayar bil elektrik, air, membuat bangunan tambahan dan sebagainya.
Namun apabila beliau bertanya berapa perbelanjaan untuk pakej pelancongan ke Maldives, ia menimbulkan kejutan kepada orang ramai.
“Pm full pakej,” tulis Mokhtar yang menggunakan nama Mokhtar Dup dalam satu ruang komen sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej ke Maldive.
“Kami pm ye,” jawap admin syarikat ketika menjawab komen yang ditulis oleh bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang dan Ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.
BACA JUGA PH bukan dapat 19 tetapi 31 peratus undi Melayu dalam PRU15
JUGA MP Pas lantik suami sebagai pegawai khas