PM Anwar lantik lima penasihat khas Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihatinya sebagai Menteri Kewangan.
Menurutnya, badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.
Anwar berkata, lima tokoh terbabit ialah Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
“Saya mengulangi pendirian badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya melalui kenyataan ringkas malam ini.
LANJUT MENYUSUL
Â