RM35 juta diperuntukkan untuk PBT laksanakan teknologi hijau

Kerajaan akan menyediakan geran peruntukan bernilai RM35 juta untuk pihak berkuasa tempatan melaksanakan teknologi hijau, umum Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di dalam ucapan di Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau (IGEM 2023) pagi ini.

Ini ekoran daripada kejayaan PBT mengurangkan penggunaan karbon dioksida sebanyak 209,213.63 ton dalam tahun 2022 sahaja.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perpaduan komited untuk menjaga warisan alam sekitar, keselamatan tenaga dan perubahan iklim secara berperingkat dan adil, selaras dengan agenda Malaysia Madani yang iaitu kemampanan.

Beliau turut menyentuh berkenaan kaedah pengeluaran gas hijau sifar menjelang 2050.

“Malaysia berhasrat mencapai pengeluaran gas kesan rumah hijau sifar dengan menggunakan Strategi Pembangunan Pengeluaran Gas Rendah Jangka Panjang atau LT-LEDS.”

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengukuhkan dasar Malaysia dalam menangani perubahan iklim.

Ini termasuk membangunkan Pelan Tindakan dan Peta Laluan NDC yang mencerakinkan langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mencapai tujuan tindakan berkaitan iklim.

“Meskipun Malaysia hanya menyumbang, 0.69% kepada pengeluaran gas kesan rumah hijau sedunia, kerajaan komited untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk mengurangkan pengeluaran karbon.”

Sebanyak tiga perkara menjadi tumpuan kementerian ini iaitu:

  • Memastikan Akta Perubahan Iklim menjadi kenyataan
  • Mengetuai negara lain dalam mencari penyelesaian kepada isu perubahan iklim
  • Memastikan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) lebih telus.

BACA JUGA: Isu alam sekitar perlu jadi isu masyarakat- Nik Nazmi