Awas, lesen kedai makan tidak akan disambung kalau tandas kotor
Awas! Mulai tahun depan, pengendali kedai makan (food and beverage) yang tidak menjaga tandasnya dengan bersih dan berbau wangi, tidak akan boleh memperbaharui lesen perniagaan mereka.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, langkah itu akan dikenakan kepada kesemua pengendali makanan sama ada di hotel, restoran atau warung di tepi jalan.
“Kita akan adakan garis panduan yang jelas perkara-perkara yang perlu dibuat,” kata Nga Kor Ming kepada media.
Beliau juga memaklumkan, kerajaan juga akan mempastikan tandas awam di seluruh negara ditambah baik.
Untuk kawasan Majlis Perbandaran, garis panduan ini akan berkuatkuasa mulai 2025 manakala untuk Majlis Daerah ia akan bermula 2026.
“Untuk tempoh ini, 18,000 buah tandas awam di seluruh negara akan bertaraf BMW. Ia akan dibersihkan, menawan dan wangi selaras dengan dasar KPKT.
“Ia akan tingkatkan imej negara dan meningkatkanm kesejahteraan rakyat,” kata beliau.
BACA JUGA Menteri mahu dasar Malaysia Madani dilaksanakan di KPKT