Anwar dalam lawatan rasmi dua hari ke Bangkok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri telah mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Bangkok, Thailand hari ini.

Delegasi beliau turut terdiri darpada Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismaildan Menteri Sumber Asli dan Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam catatan di laman media sosial Facebook, Anwar berharap lawatan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama dan hubungan Malaysia-Thailand.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Don Pramudwinai merangkap Menteri Luar.

Di antara isu yang akan dibincangkan ialah peranan Malaysia sebagai perunding keamanan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan Pattani di selatan negara tersebut.

Peranan ini telah diambil oleh Malaysia memandangkan wilayah Pattani, Narathiwat, Yala dan sebahagian dari Songkhla di kawasan selatan negara tersebut merupakan pintu masuk untuk perdagangan dua hala.

Lawatan ini adalah lawatan keempat ke negara di Asia Tenggara.

Anwar telahpun berkunjung ke Singapura, Indonesia dan Brunei sebelum ini.

BACA JUGA: Anwar minta Singapura teliti kesan penambakan sekitar Batu Puteh

Anwar saksikan majlis pertukaran MoU RM1.66b syarikat Malaysia – Indonesia

Anwar di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari