Ulama, penguatkuasa agama diseru menjadi penasihat agama demi politik sihat

Semua penguatkuasa agama dan para ulama perlu menjadi penasihat kepada masyarakat supaya berpolitik secara sihat dan betul tanpa fitnah dan pembohongan.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, politik subur dan sihat sepatutnya disuntik kepada masyarakat dan bukan sebaliknya.

“Ruang harus diberikan kepada para pengundi khususnya untuk membina intelektual serta menggunakan akal yang waras tentang politik dalam negara ini.

” Fitnah tidak harus diamalkan kerana ia bukan saja mengaibkan yang difitnah tetapi juga mengheret seluruh ahli keluarga mangsa yang difitnah sepertimana tuduhan Freemason yang telah dibuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Sebetulnya tuduhan yang dibuat perlu mempunyai asas dan ia harus dibawa ke mahkamah melalui sistem dan proses undang-undang sedia ada dalam negara,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah.

Malah tambah beliau, adalah tidak wajar sekiranya wujud pihak yang cuba menjadi striker utama fatwa politik sesat dengan menyebarkan fatwa demi bagi memperolehi undi dan sokongan.

Tegasnya, sepatutnya agama digunakan untuk membangunkan masyarakat serta menyuntik politik sihat dalam masyarakat dan bukannya dimanfaatkan untuk kepentingan politik dan maraih dokongan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran daripada fitnah bahawa Anwar membawa agenda LGBT dan komunis ketika kempen pilihan raya umum ke-15.

BACA JUGA: Akui memfitnah, Pesuruhjaya Pas Perak mohon maaf kepada PM Anwar