Malaysia pantas hulur bantuan Turkiye, Syria

Sayu, hiba dan simpati memeluk setiap warga Malaysia apabila mendapat berita tentang malapetaka dahsyat yang ditimpa negara Turkiye dan Syria. Gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari itu telah pun meragut lebih kurang 21,000 orang setakat hari Jumaat.

Mungkin rakyat biasa tertanya-tanya, bagaimana kita boleh bantu? Apa yang kerajaan akan lakukan? Bagaimana kita ingin sampaikan mesej yang kita insafi tragedi yang berlaku?

Sebagai negara sesaudara Islam dan atas dasar kemanusiaan, haruslah kita seiringkan perasaan simpati dengan tindakan pantas.

Sementara usaha menyelamat dan mencari sedang berjalan, Kerajaan Perpaduan telah pun bersetuju untuk menyalurkan dana bantuan berjumlah AS$ 1 juta kepada Turkiye diikuti AS$ 1 juta lagi disalurkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan RM1 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bagi bantuan Syria pula, kerajaan telah berhubung dengan pihak Konsulat Malaysia di Syria untuk urusan memudahkan prosedur penyaluran bantuan bencana memasuki sempadan Syria.

Bukan itu sahaja, menurut Kementerian Luar Negeri, oleh kerana kepantasan PM10 dalam mengarahkan kerahan bantuan, negara berjaya dijadikan antara pasukan negara asing yang terawal tiba di Turkiye! Ini juga hasil usaha penyelarasan yang sangat baik antara semua agensi kerajaan Malaysia.

Susulan daripada itu, negara Turkiye tentu merasa yang pasukan pertama sangat berkesan dan telah selesa dengan hantaran bantuan Malaysia, jadi PM10 juga mengarahkan hantaran bantuan kedua dari pasukan SMART dibawah seliaan NADMA.

Bilangan pasukan yang akan dikirim ialah 70 orang anggota, diikuti pasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam 20 orang, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat 30 orang.

Hantaran bantuan kedua ini diurus dan dibiayai oleh pihak Turkiye sendiri lantas mengurangkan beban tanggungan pihak Malaysia. Membuktikan yang sementara bantuan dikirim, kerajaan juga cakna dalam tadbir urus kos dan memastikan kewangan masih terjaga.

Harap segala bantuan dapat meringankan beban pasukan penyelamat disana yang tabah mencari mangsa dalam krisis ini.

 

BACA JUGA Selepas 3 hari gempa di Turkiye, ramai masih hidup di bawah runtuhan

Â