Nurul Izzah bukan lagi penasihat kanan ekonomi dan kewangan

Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa beliau tidak lagi bertugas sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media, beliau mengesahkan menerima undangan pengerusi jawatankuasa penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Hassan Marican untuk menyertai sekretariat jawatankuasa penasihat tersebut.

Penyertaannya bertujuan membantu usaha mereka memperkukuh ekonomi negara.

Pendedahan beliau sebelum ini berkenaan jawatan penasihat kanan ekonomi dan kewangan mengundang kritikan banyak pihak yang menuduh pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan nepotisme.

Bagaimanapun banyak pihak yang telah mempertahankan pelantikan tersebut.

Anwar ialah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

BACA JUGA: Nurul Izzah orang yang saya percaya untuk membantu