Dewan Rakyat mula bersidang hari ini
Dewan Rakyat memulakan sidangnya dengan titah ucapan pembukaan perasmian dari Yang Dipertuan Agong hari ini.
Dewan kali ini akan bersidang selama tujuh minggu dan Ucapan Belanjawan 2023 bakal menjadi tumpuan utama sepanjang sidang kali ini dan akan tamat pada 30 Mac.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan ucapan pembukaan perasmian sesi parlimen
Agong dengan empat perdana menteri
Di dalam ucapan baginda, Al-Sultan Abdullah menyatakan baginda adalah satu-satunya Agong yang melihat perubahan kerajaan sehingga menyaksikan empat perdana menteri.
“Pada 30 Jun 2024, patik akan tamat khidmat sebagai Agong. Ini adalah kali terakhir patik ke istiadat pembukaan perasmian parlimen.”
“Ia terpahat di dalam sejarah patik satu-satunya Agong dengan empat perdana menteri dengan jemaah menteri berlainan. Ia bermula dengan perdana menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad-Langkawi yang meletakkan jawatan.
“Patik dibawa ke kancah politik dengan dengan peletakan jawatan tersebut. Patik dapati Datuk Seri Mahiaddin Yassin – Pagoh memperoleh majoriti dan melantik beliau pada 1Mac 2020.
“Patik menyangka panas hingga ke petang tetapi hujan pada waktu tengah hari. Beliau meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.
“Patik berpuas hati bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Bera mempunyai majoriti dan melantik beliau pada 21 Ogos. Beliau pula minta pembubaran dewan.
“Selesai pilihan raya umum ke-15, parlimen tergantung.”
“Patik berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan berharap beliau ialah yang terakhir untuk beta sebelum berangkat ke Pahang.
Baginda turut menegaskan bahawa baginda hanya melaksanakan amanah dan tidak berniat campur tangan dalam urusan politik negara.
“Jika peletakan jawatan perdana menteri ketujugh tidak berlaku, rentetan peristiwa hingga ke pilihan raya umum takkan berlaku.”
Â