Eloklah tu, kalau boleh sampai bila-bila, kata netizen kepada Azmin

Keputusan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berehat sekejap dari politik disambut meriah oleh warga media sosial.

Mereka mengalu-alukan langkah Azmin itu dan kalau perlu berehatlah sampai bila-bila dan tidak perlu aktif dalam politik lagi.

Mereka juga berpandangan, bekas Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini hanya mahu menduga pasaran sahaja.

“Berehatlah terus sampai bila-bila,” kata Mohamed Hadi AH, seorang bekas pengajar di UIA dan kini pegawai kanan sebuah syarikat pembankan utama negara.

Bagi beliau kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR yang belot itu bukan cerita sebenarnya tetapi ia hanya strategi beliau.

“Tengah sibuk melobi nak buat come back dengar khabarnya,” tambah Hadi ketika mengulas berita Azmin mahu berehat selepas tewas di Parlimen Gombak di tangan anak buahnya sendiri dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi Yusaini Yahya pula, Azmin patut muhasabah dirinya sekarang selepas kekalahan dan parti yang beliau khianati kini menjadi kerajaan.

“Elok la bertaubat & muhasabah diri atas apa yang dah anda lakukan sebelum ini kepada individu2 tertentu, parti anda, rakyat yang mengundi anda dulu & negara yang anda khianati,” tulis beliau.

Ada juga beranggapan, keputusan Azmin itu tidak merugikan apa-apa kepada negara dan rakyat.

Pakcik Layann Jerr menulis, “We Got Nothing To Lose..in fact feel very grateful & relieved without him” (Kita tidak rugi apa-apa …sebenarnya kita bersyukur dan senang hati tanpa dia.)

Namun ada juga mengaitkan langkah Azmin ini sebagai tindak balas terhadap cadangan PN untuk meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon MB Selangor jika PN menang dalam pilihan raya negeri nanti.

Hisham Hadi menulis, “Merajuk lah tu sebab dowang nak cadang KJ jadi MB Selangor.”

Khairy sebelum ini memaklumkan ada parti politik yang mencadangkan beliau bertanding dalam PRN Selangor nanti dan menjadi bakal MB Selangor jika PN menang.

Berita ini disiarkan selepas Bersatu Selangor yang dipimpin Azmin mencadangkan nama beliau sebagai calon MB Selangor.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad pula berkata, bukan Azmin seorang saja yang layak untuk menjadi calon MB bahkan ramai lagi calon lain yang layak.

 

BACA JUGA Azmin atau Khairy, Bersatu Pas kini berebut siapa patut kuasai Selangor

JUGA Perebutan kerusi MB Selangor bukti PN tidak sepakat

DAN JUGA ‘Pilih calon MB pun tidak sepakat, PN tidak layak tadbir Selangor’