Tidak wajar Azmin umum berehat masih dalam jawatan ADUN
Tindakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan bahawa beliau akan berehat seketika daripada politik amat tidak sesuai dengan situasi beliau yang masih menjawat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor ketika ini.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin, kenyataan Azmin di Twitter itu tidak bertanggungawab sebagai seorang ahli politik.
“Ramai berpendapat keputusan berkenaan dibuat kerana kecewa selepas tewas kepada anak didik beliau di Gombak pada PRU-15 lalu dan ada juga berpendapat Azmin khuatir akan ada kes mahkamah terhadap beliau.
“Tindakan yang dibuat Azmin jelas menunjukkan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab terhadap pengundi dan penduduk di kawasannya. Saya yakin walaupun beliau berehat dan tidak berkhidmat kepada rakyat, Azmin masih menerima elaun sebagai ADUN Bukit Antarabangsa,” katanya.
Tegas Razeef, sekiranya Azmin benar benar mahu berehat maka seharusnya beliau mengumumkan untuk tidak terlibat lagi dengan politik di Selangor atau menyertai Pilihan Raya Negeri Selangor.
“Sebagai seorang wakil rakyat, keputusan untuk berehat hanya boleh dibuat sekali dengan keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya akan datang. Selagi menjadi wakil rakyat adalah kewajipan untuk beliau terus berkhidmat kepada rakyat hingga habis penggal.
“Adakah pemimpin Perikatan Nasional memang suka ‘makan gaji buta’ seperti beberapa Duta Khas yang dilantik tanpa fungsi era pentadbiran Perikatan Nasional dahulu?” tanyanya lagi.
Tambah Razeef, apa yang berlaku kepada Azmin hari ini adalah kerana tindakan khianat beliau kepada PKR dan Pakatan Harapan pada 2020 lalu.
Justeru, beliau menasihatkan Azmin untuk membuat keputusan bersara terus dari politik kerana pengundi di kawasan yang dikhianatinya khasnya parlimen Gombak atau Selangor tidak bersedia sekiranya Azmin kembali semula ke persada politik selepas berhat.
“Saya ingin menasihati Azmin jika beliau ingin berehat, maka berehatlah dari berpolitik untuk selama-lamanya memandangkan kreadibiliti beliau telah rosak dan tidak mungkin rakyat akan memberikan kepercayaan kepada pengkhianat seperti beliau walau berkali beliau ‘reset’ politik,” katanya lagi.
Azmin kalah di kerusi Gobak dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu dan kekalahaan itu mungkin mendorong untuk beliau berehat sementara sebagaimana diumumkannya.
BACA JUGA Eloklah tu, kalau boleh sampai bila-bila, kata netizen kepada Azmin
Â