Menteri mahu tindakan, Wan Ahmad Fayshal mengelirukan dewan berkaitan PTPTN, manifesto PH

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (Pandan-Pakatan Harapan)mahu tindakan diambil oleh Dewan Rakyat terhadap Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal (Machang-Perikatan Nasional) susulan dari tohmahan bahawa Pakatan Harapan mahu menyahkan pinjaman Perbadanan Tabung Pindidikan Tinggi Nasional.

“Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ni (ada janji) menghapuskan PTPTN.

“Itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini.

“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh (merujuk) kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Wan Ahmad ketika sesi soalan lisan yang dibangkitkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin.

TImbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Md Nor membenarkan usul tersebut dibuat secara bertulis.